20090714

Sambil-sambil bekerja, saya juga seorang petani.



Lihatlah hasil saya.

20090713

Ribut taufan melanda.

'Alaaaaaaa', 'Aaaahhhh', 'Ughhhhh', pelbagai jenis sungutan keluar dari semua orang yang kebengangan akibat blackout secara tiba-tiba kat sini. Tittttt tittt titttt, kedengaran bunyi power supply masing-masing memekik. Bising. Masa tu pukul 3.00 petang.

Kesian aku. Aku baru nak rajin buat kerja. Dari pagi tadi, aku tak mula apa-apa langsung. Hehe, biasalah, monday blues.

Tiba-tiba, ada bunyi keriuhan di depan kaunter. Sengih-sengih, tersengih-sengih masing-masing yang ada kat depan tu. Berdiri macam berkumpul. Tengah bercerita apa kot? Aku dok pandang-pandang tapi malas nak bangun tengok apa yang terjadi. Biasanya, kalau blackout memang macam party. Tapi ni lain macam punya party ni...

Rosyam Nor? Wo?

Rosyam Nor datang pejabat aku. Atas urusan kerja tapi masing-masing sudah ambil kesempatan bergambar dengannya. Aku tidak terkecuali. Tapi gambar tak cantik. Kamera telefon bimbit Ryn.

Aku tak excited sangat tapi.. hero malaya tuuu.



Jadi, aku dapat berlagak dengan Hilmi Zlan. Ya. Itu je sebabnya gambar ini diambil. Aku sent MMS ke seluruh ahli keluarga aku. Encik Zlan, Cik Ana, the bf, Yusri Zlan dan Hilmi Zlan.

Encik Zlan respon dalam SMS. 'Siapa tu?'. 'Rosyam Nor'.

Aku buat call ke Hilmi Zlan. Kena sound. 'Apa motif kau buat ni? Nak buat aku jealous?'.

++++++++++

Di rumah, balik kerja.

Encik Zlan : Dia ada datang pejabat Abah tadi.... (Dan-dan!)

Cik Ana : Kenapa hantar gambar tu kat Mak? Nak buat orang jealous la tu, huh. Kenapa tak suruh dia datang pejabat Mak?

++++++++++

Chait, aku ingatkan Hilmi Zlan je berahi dengan Rosyam Nor.

p/s : Realitinya dia memang seorang yang berada di dalam golongan handsome walaupun realitinya pada aku dia di dalam televisyen biasa-biasa saja. Suka Gila-gila Remaja!

20090711

Meow tit tit tit tit tit.

Jadi, hari ini adalah hari Sabtu. Hari yang sentiasa aku tunggu-tunggu kerana inilah hari yang mengurangkan beban aku sebagai seorang pekerja yang kena gosok baju hari-hari, bangun awal dan kejar punch card.

Hari ini aku bangun pukul 11.32 pagi. Boleh tahan tak senonoh tapi okay lah dari dulu aku bangun pukul 2 petang. Anak sapa la ni..

By the way, sebenarnya aku bangun pun atas kejutan bunyi MMS dari Neni.



Ini dia.. dengan ayat 'Bestnya makan durian..'. Pada mula aku baca ayat tu, aku ingat dia kasi gambar dia makan durian sambil mengejek aku kerana aku seorang yang tak makan durian. Tapi rupa-rupanya gambar yang dia kasi ini, lagi mengejek aku kerana ianya seekor kucing dan kucing itu makan durian. Haritu beruk di TC, harini kucing. OK yela, aku tak pandai hayati kesedapan durian.

Berbalik pada zaman kanak-kanak, aku salah seorang yang makan durian. Biasanya bila ada sesuatu perkara buruk berlaku pada hal-hal yang aku suka, aku akan banned. Cuma aku tak ingat kenapa aku banned durian. Mungkin aku termakan isi yang tak sedap? Atau aku demam teruk? Atau aku rasa durian tu tak sedap? Nanti aku recall kalau dapat.

Berbalik pada motif MMS tu yang sebenarnya, dua tiga hari lepas dia offer kucing tu pada aku. Cuma aku tak boleh nak jaga kucing kerana aku menumpang di rumah orang. Maksud aku, rumah Abah. Diorang tak galakkan atas banyak sebab.

Setakat hidup aku, aku pernah ada 2 ekor kucing yang dibela secara senyap-senyap. Dan secara senyap-senyap jugalah mereka lari dari rumah.

Sigh.

20090710

Slow.



Fcckk. Aku nak tengok Johnny Depp la.

20090708

Dalam beberapa hari ni, hari-hari aku makan rambutan free.



Maksud aku, di pejabat.